
Baca atau dengar petikan berikutnya
Yesus menampakkan diri kepada Tomas
24 Tomas yang digelar Didimus, seorang daripada murid Yesus yang dua belas itu, tidak ada bersama mereka apabila Yesus datang.
25 Oleh itu, murid-murid lain memberitahu Tomas, “Kami telah melihat Tuhan!”
Tetapi Tomas berkata, “Selagi aku tidak melihat sendiri bekas paku di tangan-Nya, dan memasukkan jariku ke dalam bekas luka itu, juga memasukkan tanganku ke dalam rusuk-Nya, aku tidak mahu percaya.”
26 Seminggu selepas itu, para murid Yesus termasuk Tomas berhimpun lagi di situ. Sungguhpun pintu terkunci seperti dahulu, Yesus muncul dalam kalangan mereka lalu berkata, “Damai sejahtera kepada kamu!” 27 Setelah itu, Dia berkata kepada Tomas, “Hulurkan jarimu di sini, dan lihatlah tangan-Ku. Hulurkan tanganmu dan masukkannya ke dalam rusuk-Ku. Jangan ragu-ragu lagi. Percayalah.”
28 Tomas pun berkata kepada Yesus, “Ya Tuhanku! Ya Allahku!”
29 Yesus berkata kepadanya, “Tomas, oleh sebab kamu telah melihat-Ku maka kamu percaya. Diberkatilah orang yang percaya walaupun tidak melihat-Ku!”
Ambillah masa untuk menceritakan semula dengan kata-kata sendiri. Cakaplah dengan suara kuat yang boleh didengar, atau tuliskannya. Jika anda terlupa atau tidak dapat mengingat cerita itu, baca atau dengar semula.
Jika anda pernah mendengar cerita ini, ambil masa sebentar untuk merenungkan atau membincangkan soalan-soalan berikut:
Get Discovery Bible Studies on your phone
Discover copyright ©2015-2026 discoverapp.org
Malay Scripture verses Alkitab Versi Borneo ©2015 Borneo Sabda Limited. Used with permission. All rights reserved.