
Baca atau dengar petikan berikutnya
Godaan di padang gurun
1 Setelah itu, Yesus dibawa oleh Roh ke gurun untuk digoda Iblis.
2 Setelah Yesus berpuasa empat puluh hari empat puluh malam, Dia berasa kelaparan.
3 Iblis datang kepada-Nya lalu berkata, “Jika Engkau Anak Allah, perintahkanlah batu-batu ini menjadi roti.”
4 Yesus menjawab, “Telah tersurat: ‘Manusia hidup bukan dengan roti sahaja tetapi dengan setiap firman yang keluar daripada mulut Allah.’ ”
5 Selepas itu, Iblis membawa Yesus ke kota suci lalu meletakkan-Nya di puncak Bait Suci dan
6 berkata kepada-Nya, “Jika Engkau Anak Allah, terjunlah, kerana telah tersurat:
‘Tentang-Mu, Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya
dan mereka akan menatang-Mu supaya kaki-Mu tidak terhantuk batu.’ ”
7 Yesus menjawab, “Tetapi telah tersurat: ‘Janganlah engkau menduga Tuhan, Allahmu.’ ”
8 Iblis membawa pula Yesus ke atas gunung yang amat tinggi lalu menunjukkan kepada-Nya semua kerajaan di dunia serta kemuliaannya. 9 Kata Iblis kepada Yesus, “Semua ini akan kuberikan kepada-Mu jika Engkau sujud menyembahku.”
10 Jawab Yesus, “Nyah engkau, Iblis. Telah tersurat: ‘Hendaklah engkau menyembah Tuhan, Allahmu dan kepada-Nya sahaja engkau beribadat.’ ”
11 Iblis pun meninggalkan Yesus dan para malaikat datang melayani-Nya.
Ambillah masa untuk menceritakan semula dengan kata-kata sendiri. Cakaplah dengan suara kuat yang boleh didengar, atau tuliskannya. Jika anda terlupa atau tidak dapat mengingat cerita itu, baca atau dengar semula.
Jika anda pernah mendengar cerita ini, ambil masa sebentar untuk merenungkan atau membincangkan soalan-soalan berikut:
Get Discovery Bible Studies on your phone
Discover copyright ©2015-2026 discoverapp.org
Malay Scripture verses Alkitab Versi Borneo ©2015 Borneo Sabda Limited. Used with permission. All rights reserved.